Setelah bertahun-tahun menggunakan doh ban manis yang saya belajar di Thailand, saya rasa saya ingin mencuba suatu yang baru. Saya dengar dari adik saya roti ini lebih gebu, jadi saya ingin mencubanya.
Kelainan resipan ini ialah dengan tambahan satu bahan yang dipanggil tang zong.
Buat pes Tang Zong: tepung roti (2 camb atau 20 g) , air (2 camb atau 27 g) , susu (4 camb atau 60g), kacau atas api sederhana (2 - 3 min) hingga membentuk pes yang likat. Sejukkan ke suhu bilik.
Bancuhkan 9 gram yis (1 camb ) ke dalam setengah cawan (120 g) susu suam dan dikacau sebati.
Dalam mangkuk adunan, masukkan 320 g tepung roti, 3/4 camt garam (3 g), 1/4 cawan gula pasir (56 g), bancuhan susu dan yis, pes tang zong, sebiji telur dan adun pada kelajuan perlahan. Kemudian naikkan ke kelajuan sederhana dan tambah 3 camb mentega (42 g) dan terus pukul hingga sebati.
Keluarkan dari mangkuk adunan dan adunan digulingkan bulatan doh di atas permukaan sehingga doh menjadi tegang. Biarkan naik selama 1 jam sehingga dia naik dua kali ganda.
Bulat-bulatkan kepada bentuk bola yang sama saiz (contohnya menjadi 9 atau 16 bulatan) dengan menegangkan permukaan doh dan susun di dulang pembakar yang digris. Tutup dengan kain yang lembab dan biarkan naik selama 1 jam.
Sapu telur sebelum dibakar selama 25 - 30 min pada suhu 175C
Setelah dikeluarkan dari ketuhar, sapu dengan mentega bawang putih, dan taburkan garam laut sekiranya mahu.
Ban Lembut
Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk mesin penguli:
900 g tepung roti
100 g tepung kek
180 g gula pasir
40 gram susu tepung
25 g yis
5 g pelembut doh (sekiranya mahu)
10 g garam
Selepas menguli bahan kering, masukkan 3 biji telur
kemudian tambah 400 g air sejuk ais
Kemudian masukkan 160 g mentega. Teruskan menguli sehingga lebihkurang 45 minit sehingga doh menjadi elastik dan tidak koyak bila diregangkan.
Doh ini sudah sedia untuk dibentuk kepada pelbagai jenis roti.
Bahagikan kepada bentuk bola seberat 50 gram. Masukkan inti pilihan, contohnya inti kacang merah dan golekkan sehingga membentuk permukaan yang licin.
Biarkan naik selama satu jam 30 minit. Panaskan ketuhar kepada 160C
Sapukan permukaan ban dengan bancuhan sapuan dari telur + susu + secubit garam. Boleh taburkan dengan biji bijan atau yang bersesuaian.
Bakar selama lebih kurang 10-15 minit sehingga warna keperangan, dikeluarkan dari ketuhar. Sapukan permukaan ban dengan mentega yang telah dilembutkan.
Resipi ini saya pelajari dari Chef Moosa semasa lawatan ke Pattani, di selatan Thailand.
Roti Sarang Lebah
1. Masukkan ke dalam mangkuk
6. Panaskan ketuhar 190-200C
7. Tabur kuaci labu dan biji bunga matahari dan bijan hitam atas roti yang sudah naik.
9. Tuang butterscotch sauce di atas roti sebaik sahaja roti dikeluarkan dari ketuhar.
Ban Manis Bertatah Daun Bawang

- 120 g tepung biasa
- 110 g gula
- 300 ml air sejuk
- 30 gram mentega
- 1 biji telur
- 50 g daun bawang
Resipi ini di petik dari buku yang saya pinjam dari Kak Sharifah Khadijah













No comments:
Post a Comment