Pastri dan Roll

Kroissant


Untuk bancuhan pemula:
1 X 7g sachet yis kering,
75 ml air suam,
50 g tepung roti putih
Bancuhkan yis ke dalam air suam, taburkan dan ratakan tepung roti dalam bancuhan. Tepikan dan biarkan dia naik untuk selama 40 minit di tempat yang hangat.

Untuk adunan doh:
75 ml susu sejuk
2 biji telur kuning
50 ml krim pekat sejuk
25 g gula kaster
300 g tepung roti putih, diayak
250 g mentega sejuk, dipotong dadu 1-2 cm


Masukkan bahan-bahan doh ke dalam banchan pemula gabungkan sebati secara dengan perlahan dan tuang ke atas permukaan yang ditabur tepung. Pastikan tangan yang sejuk dan bekerja dengan doh secepat mungkin untuk pastikan mentega terus sejuk dan keras.
Pusingan pertama: Canai doh menjadi ketebalan 1 cm, lipat tiga, kemudian canai semula dan dilipat tiga sekali lagi. Balut dalam plastik lekap dan disejukkan dalam peti ais selama 30 minit.
Pusingan Kedua, pusingkan doh 90 darjah dan canaikan ke bentuk segi empat, kemudian lipat tiga sekali lagi dan bungkus dalam plastik dan sejukkan semula seperti tadi.
Pusingan ketiga dan terakhir; canaikan doh dari arah bertentangan dari sebelum dan lipat tiga seperti sebelumnya. Bungkus dalam plastik lekap dan sejukkan selama sekurang-kurangnya 30 minit.
Untuk membuat croissant anda perlukan acuan bentuk segitiga berukuran 12 cm pada tapak dan 24 cm ketinggian. Torakkan doh menjadi bentuk segiempat 24 cm X50 cm, dengan ketebalan 3 mm. Potong untuk kemaskan keempat-empat sisi doh. Dengan menggunakan acuan tadi, potong doh menjadi bentuk-bentuk segitiga.


Letakkan segitiga doh dengan tapak ke arah anda dan permukaan yang licin di bawah. Gunakan pisau untuk membuat potongan 1 cm di tengah tapak segitiga, dan tarik hujung tapak perlahan untuk melebarkan dan melengkungkannya.
Gulungkan bentuk segi tiga dari tapak ke hujung bucu, untuk membentuk seperti bulan sabit.
Terus susun di atas loyang pembakar, ulang untuk siapkan croissant yang lain dengan segera.

Letakkan loyang pembakar di tempat yang agak panas dan lembab untuk biarkan croissant naik sekali ganda, lebih kurang 40 minit
Di hujung masa croissant mengembang, panaskan ketuhar ke 170C.

Untuk membakar:
1 telur kuning dipukul, untuk sapuan
2 loyang pembakar

Sapukan croissant dengan sapuan kuning telur.


Bakar selama 12-14 minit, Hidangkan panas-panas dengan jem ikut kesukaan..
Belajar dari Sakinah dari resepi ini...








Resipi Kroissant Anna Olson
Resipi ini mudah difahami dan dibuat
Masukkan 1 cawan air suam + 1/2 cawan susu dalam mangkuk adunan
Campurkan 3 1/2 cawan tepung gandum AllPurpose dan 5 camb gula dan 2 1/4 camt yis kering. pukul dengan. tambah 1/2 camt garam. Tambah 2 camb mentega
Bentukkan segiempat dan tutup dengan kain dan plastic lekap, biarkan naik selama satu jam, perap dalam peti ais selama satu jam lagi
Sediakan lapisan mentega dengan ukuran segiempat 8"X8" dengan menekan mentega dalam bekas plastic. Keraskan mentega dalam peti ais.
 Langkah pertama.

Taburkan tepung di atas permukaan.  Keluarkan doh dari peti ais dan ratakan dengan ukuran 8"X8"" letakkan kepingan mentega di tengah-tengah dan lipat seperti sampul surat. Ratakan untuk mendapat ukuran tiga kali ganda, 8"X24". Lipat tiga. Letakkan di dalam dulang, tutup dengan kain dan dan plastic lekap di atasnya. Simpan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Selepas 30 minit, keluarkan dari peti ais. letakkan atas permukaan yang ditabur sedikit tepung. Pusingkan kedudukan 90 darjah sebelum menorakkan untuk mendapat panjang 3 kali ganda iaitu mendapat ukurang 8"X24". Lipat tiga lagi. Letak semula dalam peti ais.

Ulang proses ini dua kali sebelum disimpan di dalam peti ais semalaman.

Esoknya doh kroissant sudah sedia untuk digunakan untuk membuat kroissant.

Potong doh kroissant kepada dua bahagian dan gunakan separuh pada suatu masa dan biarkan yang separuh lagi dalam keadaan dingin di dalam peti ais.
Torakkan ke saiz 6" X 18". Potong dalam bentuk tiga segi dan gulungkan ke bentuk kroissant.
Susun di atas loyang pembakar.

45 minit kemudian, panaskan ketuhar.
Sebelum di masukkan ke dalam ketuhar, sapu permukaan dengan kuning telur
Masukkan ke dalam ketuhar selepas dipanaskan 15 minit


*****

Cinnamon Roll

1.  Ayak semua bahan kering ke dalam satu mangkuk besar
   3 cawan tepung roti
   1/3 cawan susu tepung penuh krim 
   1/2 camt garam
   1 camt rempah "mixed spice"


2. Tambah ke adunan tepung

  7g yis kering

  1/2 cawan gula kaster

  1/2 cawan sultanas

  1/2 cawan currants


3.  Buat lubang di tengah dan bancuhkan 

   50g mentega cair

   1 cawan air suam

   1 biji telur, dipukul ringan


4. Bancuh 2-3 minit hingga sebati.  Tambah sehingga 1 cawan tepung untuk mendapat doh lembut.
- Uli selama 10 minit atas permukaan yang disapu tepung hingga doh menjadi lembut dan kenyal. 
5. Sapu dengan minyak dan letak dalam mangkuk yang disapu dengan minyak dan tutup dengan plastik dan biarkan naik selama 1 jam di tempat yang hangat.
6. Tumbuk bahagian tengah doh dan canaikan ke segi empat bersaiz 30 x 45 cm .
7. Sapu permukaan doh dengan 30g mentega cair dan taburkan 1/2 cawan gula perang lembut dicampurkan dengan 1 camt serbuk kayu manis.

 
8. Gulung dari sisi yang panjang dan potong kepada 16 bahagian yang sama besar.

9. Susun atas dulang pembakar yang telah digeris pada jarak 5 cm.  Tekan sedikit setiap gulung.  Tutup dengan plastik yang disapu minyak.  Biarkan naik di tempat hangat selama 35-40 minit.
10. Bakar di dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan pada suhu 210 C for 5 minit.  Turunkan suhu ke  180 C dan bakar lagi  selama 10 minit.
11.  Sapu beberapa kali dengan 1/3 cawan madu yang suam.
Sapu dengan Glace Icing semasa masih panas.
Membuat Glace Icing
2 cawan gula aising
30g air
1-2 camt susu dalam mangkuk kecil.  Bancuh hingga halus dan berkilat dan warnakan dengan pewarna.
Resipi ini dikongsi oleh Sakinah...



Resipi Kedua Cinnamon Roll (ala Cinnabon)


1.  Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk besar
   1 cawan susu suam
   2 biji telur
   1/3 cawan mentega yg telah dicairkan
   1/2 cawan gula
   4 cawan tepung roti
   2 1/2 camt yis kering segera
   1/2 camt garam
   1/4 camt rempah "mixed spice"
Bancuh dalam selama 10 minit sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut.  Biarkan doh dalam sebuah mangkuk besar ditutup dengan pelastik lekap dan naik menjadi dua kali ganda selama 1 jam.
Sementara itu, gaulkan 1 cawan gula perang dan 2 camb serbuk kayu manis dengan sebati.
Canai doh menjadi segi empat bersaiz 21 X 16 inci.
Sapu permukaan dengan secukup mentega yang telah dilembutkan.  Taburkan bancuhan gula dan serbuk kayu manis sehingga rata
Gulung pada sisi yang panjang dan potong kepada 12 potongan yang sama saiz, susun atas dulang bakar yang telah disapu dengan mentega. Biar naik selama 30 minit.
Bakar pada suhu 200 C selama 15 minit. 
Sebaik sahaja keluar dari ketuhar, sapukan Cream Cheese Glaze.



Cara membuat sapuan Cream Cheese Glaze
Pukul hingga ringan
1 buku (8 oz) cream cheese
1/4 cawan mentega
(Kedua-dua yang telah dibiar lembut pada suhu bilik)
Masukkan 1/2 camt esen vanilla
Masukkan 1 cawan gula aising sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga halus. Tambah 2 sudu susu segar dan pukul menjadi bancuhan yang lembut.
.
  Jumpa resipi ini di YouTube.  Cook with April.. tapi diubahsuai sikit..

 Orange Rolls


Satu variasi dari resipi Cinnamon Rolls di atas ialah resipi Orange Rolls.

Cara membuat Orange Rolls:

Gunakan resipi yang sama seperti Cinnamon Rolls di atas, dan hanya boleh ditiadakan atau dikurangkan rempah Mixedspice. 

Apabila adunan doh sudah naik dua kali ganda besarnya, dan ditorakkan menjadi permukaan rata berbentuk segi empatan:
- sapukan permukaan dengan 1/4 cawan mentega yang telah dibiarkan lembut pada suhu bilik,
- taburkan satu cawan gula perang meratai permukaan segi empat
- parutkan kulit luar dua buah oren ke atas seluruh permukaan yang telah ditabur gula perang.

Gulung seperti biasa dan susun di dalam dulang pembakar sehingga perang.

Apabila sudah siap dibakar, sapukan dengan Orange glaze: 


Cara membuat sapuan Orange Cream Cheese Glaze:
Pukul hingga ringan
200 gram cream cheese
1/4 cawan mentega
(Kedua-dua yang telah dibiar lembut pada suhu bilik)
Masukkan 1/2 camt esen vanilla
Masukkan 3/4 cawan gula aising sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga halus. 
Perahkan air buah dari sebiji oren segar dan pukul menjadi bancuhan yang lembut.


Pastri Danish




Bahan-bahan untuk adunan keju krim:  
170 g Keju krim
1/4 cawan gula pasir
1 kuning telur
1/2 esen vanila
1/2 camt jus perahan lemon
1/8 camt garam

Keluarkan kulit puff pastri dari simpanan sejukbeku 

Torakkan kulit puff pastri supaya menjadi panjang sedikit sebanyak satu atau dua inci. 

Membahagikannya kepada tiga bahagian, potong-potong kiri dan kanan pastri menjadi hirisan-hirisan yang sama bilangan. 

Sapukan aduan keju krim di atas permukaan pastri. Menggunakan buah pic dalam tin yang secukupnya, susunkan hirisan-hirisan buah pic di atas sapuan keju krim.


Lipatkan hirisan-hirisan dari kiri dan kanan secara berselang-seli.


Sapukan permukaan dengan telur dan tabur dengan gula perang yang kasar. 

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 20 minit sehingga menjadi perang.


Untuk kelihatan lebih menyelerakan lelehkan glaze yang dibancuh dari 1/3 cawan gula aising dan 1/2 camb susu semasa ia sudah suam.

Resipi ini dipelajari dari Natasha dari videonya dalam Natasha in the Kitchen.

No comments:

Post a Comment