Kek dan Muffin

Kek Lobak



Panaskan ketuhar ke 180 C (350 F)

Sediakan dua dulang pembakar 9 inci dengan menggeriskan dengan mentega dan ditabur tepung.

Parutkan lobak merah untuk mendapat 3 cawan 

Dalam satu mangkuk gaulkan bahan kering 2 1/2 cawan tepung,  1 camt serbuk kayu manis, 1/4 camt serbuk allspice, 1 camt serbuk penaik, 1/2 camt bikarbonat soda dan 1/2 camt garam dan diketepikan

Dalam mangkuk lain bancuh bahan basah: 1 cawan gula perang dan 1/2 cawan gula putih,  Masukkan 3 biji telur, satu persatu.
Kemudian tambahkan 1 cawan minyak sayuran, sedikit demi sedikit dan terus membancuh.

Masukkan bahan-bahan kering sedikit demi sedikit 

Masukkan 1 cawan kismis yang ditabur tepung,  kemudian lobak parut. Tambah 1 cawan nenas parut                             
Tuang dalam dulang pembakar,
Kemudian bakar pada suhu 180 C selama  25 ke 30 minit.

Untuk krim sapuan:
Pukul 1 cawan mentega dan 336 g keju krim yang telah dilembutkan pada suhu bilik 
Tambah satu cawan gula aising, sedikit demi sedikit



Resipi ini dipelajari dari Kiano dari video di YouTube

Kek Vanilla

Panaskan ketuhar ke 175 C

Sediakan dua dulang pembakar 9 inci dengan menggeriskan dengan mentega dan ditabur tepung.

Dalam satu mangkuk gaulkan 2 1/2 cawan tepung,  1 camb serbuk penaik dan 1/2 camt garam dan diketepikan

Pukul 1 cawan mentega dan 1 1/2 cawan gula. kelajuan sedehana selama 5 minit. Masukkan 4 biji telur, satu persatu.
Masukkan 4 camt vanilla dan kacau hingga sebati. 

Masuk dengan berselang seli antara bancuhan tepung dan 1 cawan buttermilk sehingga habis                                
Tuang dalam dulang pembakar,
Kemudian bakar pada suhu selama  30 minit.



Resipi ini dipelajari dari Natasha dari video di YouTube


Kek Keju Kapas Jepun


Panaskan ketuhar ke 160C

Alaskan dulang pembakar 9 inci dengan kertas pembakar dan lenserkan dengan mentega.

Timbang bahan-bahan berikut dalam satu bekas untuk dipanaskan secara double-boil:

60 g gula pasir
60 g mentega
300 g keju krim
200 g krim pekat 

Turunkan dari api dan kacau terus sehingga agak sejuk.

Masukkan 6 kuning telur satu persatu ke adunan (putih telur disimpan dalam peti ais). Kemudian dimasukkan 80 g tepung kek yang diayak.

Tapiskan ke dalam bekas lain untuk dapat adunan yang halus dan rata. Masukkan parutan kulit separuh buah lemon dan 2 camb perahan buah lemon.

Pukul putih telur pada kelajuan sederhana, ditambah 100 g gula secara beransur-ansur. Kemudian pada kelajuan tinggi selama 5 minit.
Masukkan putih telur secara beransur-ansur sehingga rata.

Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar  

Turunkan ke 150C dan bakar selama 110 minit. Turunkan ke 140C selama 10 minit lagi. Tutup suhu ketuhar tetapi masih dibiarkan tanpa membuka pintu selama 10 minit.

Muffin Pisang Walnut




Panaskan ketuhar ke 350F

Lenserkan tin pembakar muffin atau alaskan dengan mangkuk kertas untuk muffin 

Ayakkan bahan-bahan kering ke dalam satu bekas:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 camt  serbuk penaik
1 camt sebuk soda bikarbonat
1/2 camt garam
1/2 camt serbuk kayu manis 

Lenyekkan 3 pisang masak bersama 3/4 cawan gula perang
masukkan 1 biji telur, gaulkan 
Masukkan 1/3 cup mentega cair atau minyak sayuran
Pati vanilla 

Kaup balikan bahan kering dan bancuh adunan  sehingga sebati
Cedukkan ke dalam cawan muffin 

Bakar selama 25 minit. 


Muffin Epal dan Oat



Bahan kering:

1 1/2 cawan tepung gandum biasa 
1 cawan bijirin oat masak segera
2 camt serbuk penaik 
1/2 camt garam
1/2 tsp serbuk kayu manis 

Bahan basah:

3/4 cawan gula perang 
2 telur 
1/2 cawan susu
115 g mentega cair 
Buah epal hijau 
Kismis hitam  
Sedikit perahan jus lemon 


Bancuhkan semua bahan kering, Adunkan semua bahan basah. Gabungkan semua ramuan dan di gaul sekadarnya sahaja. Cedukkan ke dalam cawan kertas muffin. taburkan sedikit kismis.

Bakar dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga masak 


Muffin Cokelat Cheese Cream




Panaskan ketuhar ke 350F

Lenserkan tin pembakar muffin atau alaskan dengan mangkuk kertas untuk muffin 

Ayakkan bahan-bahan kering ke dalam satu bekas:

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan serbuk koko
1/2 camt garam
Tambahkan:
1 cawan gula
2 cawan air
1/3 cawan minyak sayuran
1 camb cuka
1 camt pati vanilla 


Gaulkan semua bahan sehingga sebati
Cedukkan ke dalam cawan muffin 

Pukul:
250 g keju krim
1/2 cawan gula
1 biji telur




Picitkan adunan keju krim di atas setiap muffin 

dan kemudian ditaburkan dengan cip cokelat




Bakar selama 25 minit.



Resipi ini dipelajari dari adik saya Sakinah semasa saya melawat rumahnya di New Zealand.





Cookie Oat dan Kismis

Bila kawan saya Hafizah meminta cookies oatmeal yang kurang manis, saya perlu mencari suatu resipi yang mudah dan boleh diubahsuai.


Bahan-bahannya:


Ayak dan gabungkan bahan kering ke dalam mangkuk:
1 1/2 cawan tepung gandum serbaguna
1 camt serbuk soda bikarbonat
1 camt serbuk kayumanis
1/2 camt garam

Pukul bahan2 sehingga lembut:
1/2 cawan gula (dikurangkan untuk resipi kurang manis)
1 cawan gula perang
1 cawan atau 230 g mentega suhu bilik

Masukkan dan pukul lagi:
2 biji telur
1 camb molasses
1 camb esen vanilla

Msukkan bahan kering di dalam mangkuk 

3 cawan oat masak segera
1 cawan kismis

Panaskan ketuhar ke suhu 190 C.

Masukkan dalam mangkuk adunan semua bahan serbuk
Pukul sehingga naik: gula dan gula perang, mentega dan lelemak sayuran. Masukkan vanilla dan telur dan pukul lagi.
Masukkan bahan kering dalam mangkuk
Gaulkan oat sehingga rata. Kemudian gaulkan kismis
Sejukkan bancuhan doh supaya dia tidak terlalu lembik atau melekit. Susunkan doh yang dibentukkan bulat-bulat di atas loyang pembakar dan bakarkan selama 10 - 12 minit


Resipi ini dipelajari dari laman sesawang Sally Baking Addiction


Roti Pisang

Bahan-bahan

1. Pukul sehingga ringan:
 250 g gula
 130 g mentega
 1 camt soda bikarbonat
 1/2 camt garam
2. Tambah 2 biji telur dan pukul sehingga halus
3. Tambah 300 g pisang yang telah dilecek
4. Campur dan pukul hingga sebati:
  300 g tepung biasa
  1/2 camt serbuk penaik
   80 g susu
5. Tambah kacang walnut dan kacau rata.
6. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang telah dialas dan taburkan sedikit kacang walnut di atas permukaan roti.
7. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit.



Kek Coklat


Bahan-bahan

Diayak bersama 3 kali
8 oz tepung
2 oz serbuk koko
3 camt serbuk penaik
1 camt soda bikarbonat

7 1/2 oz mentega
10 oz gula halus

4 biji telur
1 1/3 cawan susu segar

Panaskan ketuhar, dan griskan dulang pembakar.
Pukul mentega dengan gula sehingga ringan.
Masukkan telur, satu persatu dan terus pukul.
Kaup balikkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit, selang seli dengan susu, mula dengan tepung, akhir dengan tepung juga.
Tuang dalam dulang pembakar dan bakar sehingga masak

Tunggu sejuk sebelum menyapu topping

Double boil 250 gram Cooking Chocolate dan 1 tin Reduced Cream (Nestle Tin Biru)

atau

Double boil 250 gram Cooking Chocolate sehingga cair sepenuhnya, tambah 2 sudu susu dan kacau dan tambah 1 sudu mentega dan kacau hingga sebati (dari Nik Haslina Nik Ibrahim).


Terima Kasih Kak Wan Ruzimas Abd Ghani yang berkongsi resipi Kek Coklat ini dari kawannya..

No comments:

Post a Comment