Doh 10 minit
2 cawan air suam
2 camb yis.
4 camb gula.
5 cups tepung tanpa peluntur dan tepung wholemeal, atau bancuhan keduanya, (contohnya 3 cawan tepung biasa dan 2 cawan wholemeal).
1/4 cawan minyak zaitun
2 camt garam.
1) Buat "sponge" dengan membancuh yis, gula, and air suam, campur 2 cawan tepung dalam satu bekas. Tutup bekas dan biarkan adunan sponge ini naik selama 10 minit.
2) Masukkan semua bahan dan "sponge" dalam mangkuk pemukul, pukul 10 minit untuk mendapat doh yang lembut dan sebati.
3) Doh telahpun sedia untuk membuat pizza atau roti. Boleh juga simpan di dalam peti ais untuk kegunaan 3-4 hari selepas dibancuh.
Sos Pizza
3 camb minyak zaitun
1/2 bawang besar
1 lobak merah - dipotong dalam saiz kecil-kecil
1 batang seleri dipotong
1/4 cili benggala merah
1 cili merah
3 Buah Tomato besar
1/4 camt rempah Thyme
1/2 camt lada hitam
Garam secukup rasa
Masukkan minyak zaitun dalam periuk, tumis bawang
Masukkan lobak dan seleri, terus menggoreng
Masukkan cili benggala, dan cili merah yang dipotong-potong
Tambah 3 biji tomato besar yang di potong secara kasar. Tambah juga 1 cawan air panas, tambah 1 camb cuka dan 1 camt thyme
Masak sehingga mendidih. Kisar dalam mesin pengisar sekadar yang cepat supaya tidak sampai terlalu halus. Masukkan semula ke dalam periuk,
Tambah garam dan lada hitam kisar secukup rasa
No comments:
Post a Comment