Sup


Sup ekor





Bahan penumis
3 camt serbuk perencah sup
8 bawang merah
2 inci halia  
4 ulas bawang putih
4-6 cili kering
Garam dan gula secukup rasa
½ cawan air

Bahan-bahan


600 gm ekor lembu, dipotong menjadi potongan bersaiz 1-inci
4 camb minyak masak
2 liter air
7-10 cili padi
2 serai
2-4 batang daun ketumbar
2 camb bawang goreng
4 camb perahan limau
Segenggam daun ketumbar
1 biji tomato
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya
Goreng bahan-bahan rempah di rendang tanpa minyak sehingga wangi, kemudian dikisar.
Kisar bahan-bahan penumis kemudian dicampur dengan bahan-bahan rempah yang telah digoreng tanpa minyak dan dikisar tadi.
1. Panaskan minyak di periuk, masukkan cili padi dan serai. Tumis sebentar
2. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga wangi.
3. masukkan potongan-potongan ekor dan masak sehingga bewarna perang.
4. Tuang air, masukkan akar daun ketumbar dan bawang goreng. Tambah rasa dan masukkan tomato yang dipotong-potong.
5. Rebus selama 5 minit dan reneh selama 45 minit sehingga empuk.
6. Apabila telah empuk, masukkan daun ketumbar dan bawang goreng.
7. Sesuaikan rasa dengan perahan limau garam dan gula.  



Sup cendawan


Bahan-bahan
5 cawan cendawan butang putih
(boleh campurkan beberapa jenis cendawan lain seperti cendawan shiitake atau cendawan tiram utk mendapat rasa yang disukai)

1 1/2 cawan air rebusan ayam

1/2 cawan bawang besar kuning

1/4 camt rempah thyme kering

3 camb mentega

3 camb tepung gandum

1/2 cawan krim

1/2 cawan susu segar

1/2 camt garam

1/2 camt lada hitam ditumbuk halus

1 camb perahan lemon

Daun pasli utk hiasan


1. Potong-potong cendawan -

2. Masukkan air rebusan ayam dalam periuk dan reneh cendawan dan bawang besar. Masukkan rempah thyme kering.  Rebus sehingga lembut lebih kurang 15 minit.

3. Kisar bancuhan cendawan rebus mengikut kehalusan yang dikehendaki.

4. Di periuk lain, cairkan mentega, masukkan 3 sudu tepung gandum dan dikacau rata. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan terus dikacau. Masukkan krim dan susu dan terus kacau menjadi pekat. Masukkan cendawan yang telah dikisar tadi dan terus dikacau hingga mendidih. Masukkan air lemon dan diangkat dari api

5. Hidang dengan ditabur daun pasli dan serbuk lada hitam


No comments:

Post a Comment