Aneka Roti

Ciabatta


Sudah lama tidak mencuba resipi baru. Lama teringin mencuba Ciabatta. Menonton video membuat Ciabatta entah berapa kali.  
Ciabatta merupakan resipi roti dari Itali yang mempunyai kulit yang rangup di luar dan bahagian dalam yang lembut dan berongga-rongga.

Dalam mangkuk adunan, bancuh 280 g air suam dengan 1 camt garam dan 1 camt serbuk yis segera. 

Tuangkan 350 gram tepung roti dan kacau adunan dengan senduk kayu.  Setelah dikacau rata, tutup dengan plastik lekap. 


Selepas 30 minit ,tarik doh secara perlahan-lahan dan lipat doh. Pusingkan mangkuk 90 darjah dan ulangi menarik dan melipat doh. Ulangi ini sehingga dua kali pusingan.  Tutup lagi doh.  Rehatkan selama 30 minit lagi dan ulangi menarik dan melipat doh, sehingga jumlahnya tiga kali. 
 
Setelah selesai rehat kali ke tiga, tuangkan doh di atas permukaan yang ditabur tepung. Regangkan perhalan-lahan dan bentukkan ke bentuk segi empat. Gulungkan menjadi gulungan panjang. Bahagikan adunan ke 3 bahagian.  Taburkan tepung di permukaan supaya tidak melekat. Biarkan naik selama 45 minit.


Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 220 C selama 10 minit.  Turunkan suhu ke 200 C dan bakar lagi selama 12 ke 15 minit. Picit air ke dalam ketuhar untuk mendapat wap semasa membakar.  



Bagel



Minggu kedua PKP kerana Covid19, saya mencuba resipi bagel pula.  
Mungkin tidak ramai biasa dengan bagel. Sejenis roti berbentuk bulat berasal dari Eropah Timur seperti Poland.  

Bancuh 1 1/2 cawan air suam dengan 1 camt gula pasir. Tuangkan 1 1/4 camt serbuk yis segera. 

Dalam mangkuk adunan, masukkan:
4 1/2 cawan tepung roti
2 camt garam
2 camb gula perang.


Uli bahan dalam mangkuk adunan bersama bancuhan yis.  Biarkan naik selama satu jam sehingga naik sekali ganda. Bahagikan adunan ke 8 atau 9 bahagian. Gelekkan menjadi bentuk bulat dan tegang permukaannya. cucukkan jari di tengah bulatan dan cuba regangkan menggunakan dua jari dipusing-pusingkan menjadikan lubang bagel membesar. 

Dalam periuk, didihkan:
12 cawan air
1 camb gula perang
1camb soda bikarbonat


Celurkan bagel selama setengah minit belah bawah dan dibalikkan dan celur setengah minit lagi.

Susunkan di dulang pembakar dan disapu dengan putih telur yang dipukul. Taburkan taburan pilihan di atas bagel seperti biji bijan atau hirisan bawang putih di atasnya.



Pretzel Lembut



Dalam kegawatan Covid19, saya mencuba resipi pretzel ini untuk mengisi masa semasa berkurung di  rumah... 

Bancuh 1 cawan air suam dengan 1 camb gula pasir. Tuangkan 2 camt serbuk yis segera. 

Dalam mangkuk adunan, masukkan:
1 1/4 cawan tepung roti
1 1/2 cawan tepung biasa
1 camt garam
1 camb gula perang.

Bancuh hingga rata. Bila bancuhan yis telah naik dan berbuih, tuangkan dalam mangkuk adunan dan uli. Maasukkan 4 camb mentega cair. Teruskan menguli sehingga lembut, lebih kurang 5 minit di mesin uli atau 7-8 minit jika uli dengan tangan. Tutup mangkuk dan biarkan naik sekali ganda. 


Potongkan ke bentuk selinder yang sama saiz menjadi 8 hingga 10 keping.



Tutup dengan kain dan rehatkan selama 10 minit.

Setiap satu keping doh digelekkan dengan tangan menjadi nipis dan panjang 20 inci. Bentukkan bentuk pretzel dengan membuat lilitan dan melekatkan hujung pada bahagian tengah pretzel.


Rehatkan selama 10 minit.  sementara itu, panaskan ketuhar pada 200 C. 

Di atas dapur, didihkan 3 cawan air. Masukkan 2 camb serbuk sodium bikarbonat . Celurkan setiap pretzel selama 1 minit.


Susunkan di dulang pembakar dan disapu dengan telur yang dipukul. Taburkan biji bijan atau garam kasar di atasnya.


Bakar selama  lebih kurang15 minit sehingga berwarna perang. Sapukan permukaan pretzel dengan mentega sebaik sahaja dikeluarkan dari ketuhar, 


Enak dimakan dengan sos karamel.

Saya pelajari resipi pretzel ini dari Joy of Baking.


.
Roti Barli

Baru-baru ini ada mendengar perkongsian tentang Rasulullah S.A.W suka makan roti barli. Jadi teringin untuk mencuba. Alhamdulillah dapat satu paket tepung barli dari kawan saya Dr Saremah, dan terus cari satu resipi yang mudah dari YouTube dan ini lah hasilnya..



Cara membuat Roti Barli
Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk:
250 g tepung roti
50 g tepung barli
25 g gula
5 g garam
2 g bread improver
4 g yis
Masukkan  150 ml air suam ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan terus gaul hingga rata.
Tambahkan 30 ml minyak jagung dan gaul lagi sehingga membentuk doh yang lembut.
Biarkan ia dalam sebuah mangkuk dan ditutup dengan kain lembab dan dibiar naik sekali ganda selama 1 jam.
Selepas doh telah naik, ratakan dengan torak dan gulungkan rapat-rapat dan masukkan dalam bekas pembakar roti. Biarkan naik lagi selama satu jam
 
Sapu permukaan atas dengan telur dan masukkan dalam ketuhar. Bakar sehingga keperangan.


Roti Putih Gebu






Cara membuat roti
Larutkan 4 1/2 camt yis segera dalam 2 1/2 cawan air suam. Tambah  3 camb gula dan kacau sehingga larut.
Masukkan  3 camb mentega atau lelemak sayuran yang telah lembut dan gaul dan 1 camb garam dan dikacau.
Tambahkan 2 cawan tepung roti dan digaul sehingga menjadi adunan yang lembut.
Tambah lagi 4 1/2 cawan tepung roti, sedikit demi sedikit dan terus digaul. Uli di atas permukaan yang disapu sedikit tepung selama 8 minit hingga menjadi doh yang kenyal.

Sapu permukaan doh dengan minyak atau lelemak sayuran dan diletakkan di dalam sebuah mangkuk dan ditutup dengan kain lembab dan dibiar naik sekali ganda selama 1 jam.


Sediakan dulang pembakar dengan menyapu minyak di lapisan dalamnya. Selepas satu jam, tumbuk doh untuk melepaskan udara di dalamnya.


Masukkan roti dalam bekas dan ditutup dengan kain lembab dan biarkan naik lagi sekali ganda lebihkurang 40 minit.


Panaskan ketuhar pada 215 C, dan bakar roti pada suhu 200 C selama lebihkurang 20 minit.



Resipi ini diubahsuai dari resipi Traditional White Bread dari allrecipes.com


Roti Kismis


1. Adun bahan-bahan kering selama 1 minit:
- 400 g tepung roti
- 1 camt serbuk "bread improver"
- 10 g (atau 1 1/2 camt) garam
- 55 g gula
- 16 g susu tepung
- 3 1/2 camt yis kering

- 1/2 biji telur
2. Tambah dua bahan basah ke dalam adunan kering dan uli selama 5-7 minit sehingga menjadi doh.

- 60 g mentega
3. Tambah ke dalam doh dan terus uli sehingga menjadi lembut dan kenyal.  Tambahkan kismis (tanpa menghancurkannya) dalam adunan dan terus uli.

4.  Masukkan dalam bekas yg ditutup ketat dan biarkan ia naik selama 60 - 90 minit. 
5. Bahagikan doh kepada tiga bahagian-bahagian seberat 350 gram dan bentukkan bulat dan biar ia rehat selama 10 minit.

6. Canai dengan torak dan gulungkan dengan jari untuk membuat bentuk panjang sepanjang dulang pembakar dan di letak di atas dulang pembakar yang digris. Biarkan naik selama 1 jam.


7. Bakar selama 20 min dalam ketuhar yang sedia dipanaskan pada suhu 220 darjah.


Resipi ini dipetik dari buku Bread Winners (Don Yong) yang saya pinjam dari koleksi Kak Sharifah Khadijah

*****
Baguette (Roti Perancis)

1. Adun bahan-bahan kering sehingga sebati:
- 90 g tepung biasa
- 360 g tepung roti
- 1 1/2 camt garam
- 1 camt gula
- 3 camt yis kering

2. Campur 250 - 260 ml air dan uli sehingga menjadi doh.
- 10 g lelemak sayuran
3. Tambah lelemak sayuran dan uli sehingga menjadi lembut dan kenyal.
4. Biarkan doh naik selama 45 minit.

5. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan bentukkan bulat dan biar selama 10 minit.
6. Canaikan doh menjadi leper dan gulung rapat-rapat untuk membuat bentuk panjang saiz 30 cm dan di susun di atas dulang pembakar. Biarkan naik selama 30 minit.

7. Sapu seluruh permukaan roti dengan air.
8. Bakar pada suhu 220 C selama 25 minit.


Resipi-resipi roti dan ban di atas tadi diambil dari buku Bread Baking dari Alex Goh, yang dipinjam dari Kak Sharifah Khadijah

*****

Roti BunWholemeal


1. Adun bahan-bahan kering sehingga sebati:
- 415 g tepung roti
- 80 g tepung gandum wholemeal
- 1 camb susu tepung
- 1 camt serbuk Bread Improver
- 1 1/2 camt garam
- 2 1/2 camt yis kering

2. Campur  setengah biji telur yang dipukul dan 1 1/3 cawan air dan uli sehingga menjadi doh.
- 15 g lelemak sayuran
3. Tambah lelemak sayuran dan uli sehingga menjadi lembut dan kenyal.
4. Biarkan doh naik selama 1 jam dalam bekas yg kedap udara.

5. Bahagikan doh kepada bulatan-bulatan doh seberat 60 g setiap satu dan bentukkan bulat dan susunkan dalam dulang pembakar yang telah di glis.
6. Biarkan naik selama 1 jam.

7. Sapu seluruh permukaan ban dengan sedikit bancuhan telur dan air.
8. Panaskan ketuhar pada suhu 220 C.

Bakar dengan meletakkan sebuah dulang berisi air untuk mendapat wap semasa membakar. Selepas 15 minit, keluarkan dulang air dan bakar lagi selama 10 minit.



Resipi-resipi roti dan ban di atas tadi diambil dari buku Bread Winners oleh Don Yong  yang dipinjamkan oleh Kak Sharifah Khadijah

*****

No comments:

Post a Comment