Sunday, 3 November 2013

Berkongsi resipi



Berkongsi resipi..



Suatu masa dahulu saya sangat suka memasak. Tapi kini, saya semakin kurang berkesempatan untuk menikmati peluang beraksi di dapur.

Koleksi resipi ini merangkumi masakan yang telah saya cuba sendiri, yang dipelajari dari ahli keluarga atau kawan, atau dari buku resipi atau video masakan oleh pakar-pakar masakan.

Terima kasih pada ahli keluarga dan kawan-kawan yang menambah erat hubungan silaturrahim dan persahabatan dengan berkongsi resipi-resipi yang hebat.

Walaupun koleksi ini tidak sehebat koleksi chef-chef terkemuka, saya tetap berhasrat ia dapat memberi munafaat pada semua dan dapat menggembirakan orang-orang yang tersayang...


Berminat pelajari buat pizza yang mudah dan sedap?
Lihat posting di bawah untuk dapatkan resipi pizza yang istimewa.

Dikongsikan di sini, minat baru saya www.maznahpaintings.blogspot.my




Saturday, 16 October 2010

Resipi Pizza

Doh Pizza


Doh 10 minit

2 cawan air suam
2 camb yis.
4 camb gula.
5 cups tepung tanpa peluntur dan tepung wholemeal, atau bancuhan kedua-duanya, (contohnya   3 cawan tepung biasa dan 2 cawan wholemeal).
1/4 cawan minyak zaitun
2 camt garam.

1) Buat adunan "sponge" dengan membancuh  yis, gula, and air suam, campur  dua cawan tepung dalam satu bekas. Tutup bekas dan biarkan adunan sponge ini naik  selama 10 minit.

2) Masukkan semua bahan  dan "sponge" dalam mangkuk pembancuh, pukul 10 minit untuk mendapat doh yang lembut dan sebati.

3) Doh telahpun sedia untuk membuat pizza atau roti. Boleh juga simpan di dalam peti ais untuk kegunaan 3-4 hari selepas dibancuh.


Sos Pizza


3 camb minyak zaitun  
1/2  bawang besar
1 lobak merah - dipotong dalam saiz kecil-kecil 
1 batang seleri dipotong-potong 
1/4 cili benggala merah
1 Chilli
3 Buah Tomato besar
1/4 camt Rempah Thyme 
1/2 camt lada hitam
Garam secukup rasa

masukkan minyak zaitun dalam periuk, tumis bawang 
Masukkan lobak dan seleri, terus menggoreng
Masukkan chopped cili benggala, dan chilli merah
Tambah 3 biji tomato besar yang di potong secara kasar. Tambah juga 1 cup of air panaster, tambah 1 camb cuka dan 1 camt thyme
Masak sehingga mendidih.

Tambah garam dan lada hitam kisar secukup rasa.




Membuat Pizza Beef Pepperoni (saiz 9 inci)


Bulatkan 200 g doh pizza dan dengan tepung semolina.

Torakkan doh menjadi bulatan nipis berukuran 9 inci

Ratakan 2 atau 4 camb sos pizza di atas permukaan doh 

Letakkan bahan taburan dengan rata di atas permukaan pizza
A - tuna, hirisan tomato, bawang, cili benggala hijau
B - beef pepperoni, cendawan, bawang, cili benggala merah
C - ayam diperap dalam sos BBQ , nanas, bawang, cili benggala kuning


Taburkan atasnya dengan anggaran 50 g keju mozzarella yang telah dicarik

Sebagai tambahan, susun hirisan buah zaitun di atas mozzarella, jika mahu.

Renjiskan 1 camt minyak zaiton atas pizza. Taburkan 1/4 camt rempah oregano 

Bakar pizza untuk dimakan terus atau simpan pizza ke peti sejuk beku untuk makan pada hari yang lain