Saturday 16 October 2010

Resipi Pizza

Doh Pizza


Doh 10 minit

2 cawan air suam
2 camb yis.
4 camb gula.
5 cups tepung tanpa peluntur dan tepung wholemeal, atau bancuhan kedua-duanya, (contohnya   3 cawan tepung biasa dan 2 cawan wholemeal).
1/4 cawan minyak zaitun
2 camt garam.

1) Buat adunan "sponge" dengan membancuh  yis, gula, and air suam, campur  dua cawan tepung dalam satu bekas. Tutup bekas dan biarkan adunan sponge ini naik  selama 10 minit.

2) Masukkan semua bahan  dan "sponge" dalam mangkuk pembancuh, pukul 10 minit untuk mendapat doh yang lembut dan sebati.

3) Doh telahpun sedia untuk membuat pizza atau roti. Boleh juga simpan di dalam peti ais untuk kegunaan 3-4 hari selepas dibancuh.


Sos Pizza


3 camb minyak zaitun  
1/2  bawang besar
1 lobak merah - dipotong dalam saiz kecil-kecil 
1 batang seleri dipotong-potong 
1/4 cili benggala merah
1 Chilli
3 Buah Tomato besar
1/4 camt Rempah Thyme 
1/2 camt lada hitam
Garam secukup rasa

masukkan minyak zaitun dalam periuk, tumis bawang 
Masukkan lobak dan seleri, terus menggoreng
Masukkan cili benggala dipotong-potong, dan chilli merah
Tambah 3 biji tomato besar yang di potong secara kasar. Tambah juga 1 cup of air panas , tambah 1 camb cuka dan 1 camt thyme
Masak sehingga mendidih.

Kisar dengan pengisar sebentar. Jangan terlalu halus. Masuk balik ke periuk.

Tambah garam dan lada hitam kisar secukup rasa.




Membuat Pizza Beef Pepperoni (saiz 9 inci)


Bulatkan 200 g doh pizza dan dengan tepung semolina.

Torakkan doh menjadi bulatan nipis berukuran 9 inci

Ratakan 2 atau 4 camb sos pizza di atas permukaan doh 

Letakkan bahan taburan dengan rata di atas permukaan pizza
A - tuna, hirisan tomato, bawang, cili benggala hijau
B - beef pepperoni, cendawan, bawang, cili benggala merah
C - ayam diperap dalam sos BBQ , nanas, bawang, cili benggala kuning


Taburkan atasnya dengan anggaran 50 g keju mozzarella yang telah dicarik

Sebagai tambahan, susun hirisan buah zaitun di atas mozzarella, jika mahu.

Renjiskan 1 camt minyak zaiton atas pizza. Taburkan 1/4 camt rempah oregano 

Bakar pizza untuk dimakan terus atau simpan pizza ke peti sejuk beku untuk makan pada hari yang lain                                                 



No comments:

Post a Comment