Hidangan Hari Raya

Masakan Lodeh


Bahan perencah yang ditumbuk
7 - 9 ulas bawang merah
Lengkuas, kunyit hidup
Ketumbar, Jintan
Udang kering

Serai dititik

Santan secukupnya

Digoreng:
Tauhu dipotong serong
Tempe

Sayur (mengikut pilihan) dipotong-potong
Kobis
Kacang Panjang
Lobak Merah
Terung
Sengkuang
Cili Hidup

Direndam sehingga lembut
Soohoon
Foochuk

1. Sediakan sayur-sayur

2. Goreng tauhu dan tempe

3. Tumis bahan perencah ditumbuk dengan serai yang dititik

4. Masukkan udang hidup (sekiranya mahu)

5. Masukkan santan

6. Masukkan sayur-sayur, tauhu dan tempe, dan kacau selalu untuk mengelakkan santan membuak.

7. Masukkan Soohoon dan Foochuk yang telah lembut

8. Tambahkan garam dan gula perang mengikut rasa

Hidang dengan lontong atau nasi impit, bersama sambal kacang dan serunding.

*****


Masakan Pindang


Masakan pindang kesukaan ibu mertua, sangat ringkas tetapi mempunyai rasa yang enak.

Bahan-bahan:

Untuk ditumis:

Bawang merah dan bawang putih dihiris
sedikit halia (sekiranya mahu)
Lengkuas ditumbuk lumat

Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus: 
Ketumbar, jintan manis, jintan putih, kunyit hidup

Masakkan ayam yang sudah dibersihkan
Masukkan air atau santan cair dan kacau sebentar, masukkan potongan kentang dan biarkan ayam hampir empuk. Tambahkan santan pekat dan dikacau terus

Imbangi rasa lauk dengan menambah sedikit air asam jawa, garam dan gula


Resipi ini saya pelajari dari ibu mertua saya, Hajah Supiah Sajat.


*****
Rendang Dendeng


1. Sediakan daging:

1 kilo daging
Potong kepada 4 bahagian dan rebus daging selama 1 - 2 jam
Hiris daging nipis ikut arah ira daging (kalau dihiris melawan ira akan menyebabkan daging hancur bila ditumbuk dan dimasak)
Tumbuk daging untuk melembutkan urat
Goreng daging dalam minyak (kemudian digunakan menumis perencah) seperti di gambar...


2. Sediakan bahan-bahan:

15 ulas bawang merah dikisar
5 ulas bawang putih
2 cawan cili kisar
Serai 5 batang dititik
Sekeping asam keping




3. Memasak Rendang

Tumis bahan-bahan yang dikisar dan serai dan asam keping menggunakan minyak menggoreng daging tadi

Bila perencah dah cukup masak dan garing, (keluarkan asam keping) masukkan daging.

Kemudian masukkan kicap secukupnya (anggaran 1/2 cawan).

Tambah garam, gula perang secukup rasa



4. Hidang dengan nasi atau pulut



Nota: Rendang ini tahan lebih lama kerana tidak mengandungi santan

Penghargaan: Resipi ini diajar oleh Kak Pauziah Mohd Arsad, secara praktikal di dapur rumahnya..

 

Rendang Kerang Resipi Embah

Bahan-bahan rempah dikisar dan dicampurkan:
15 batang cili kering
2 sudu ketumbar dan jintan direndam dan ditumbuk
5 tangkai serai dihiris
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kari 

Bahan-bahan lain

Kerang dibersihkan dan direbus dan dikopek
Santan dari 2 biji kelapa
2 camb kerisik
2 batang serai dititik
Daun kunyit
Asam keping, garam dan gula
1.  Panaskan kuali dan tumis semua bahan dikisar dalam minyak secukupnya bersama serai yg dititik, sehingga perencah pecah minyak.
2. Masukkan santan, asam keping dan kacau hingga mendidih
3. Bila santan telah agak pekat, masukkan kerisik dan kacau rata.
5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

6. Masukkan kerang dan dikacau dengan rata.

7. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus dan kacau rata.




Resipi ini dipelajari dari Hajah Supiah, mak mertua ku...

No comments:

Post a Comment