Mee Hailam
Gunakan samada Mee Kuning (rendam dalam air panas utk hilangkan rasa kapur) atau Spaghetti yang halus direbus dengan air panas, sedikit garam dan minyak masak
Menyediakan Kuah Mee Hailam
Di dalam kuali, tumis bawang putih. Kemudian masukkan 3 sudu besar sos tiram. Masukkan perencah mengikut kegemaran masing-masing, contohnya udang dan sotong.
Masukkan 1 camt lada hitam yang telah ditumbuk halus
Masukkan air rebusan udang 1 cawan. Masukkan kicap pekat dan kicap cair
Kemudian masukkan Sayur-sayuran - lobak merah, sawi dan cili merah, dan buah tomato yang di potong kecil.
Tambah garam secukup rasa.
Bancuhkan 3 sudu besar tepung jagung dalam air dan tuang ke dalam kuali untuk mendapat kuah yang pekat.
Tuangkan kuah yang telah siap dan masih panas ke atas pinggan yang berisi mee, atau masukkan spaghetti ke dalam
Resipi ini dikongsi oleh Sakinah!!
1. Menyediakan Kuey Teow
Dalam kuali, dengan sedikit minyak, tumis bawang butih, masukkan sos tiram, masukkan kuey teow dan sedikit kicap
Hidang dalam pinggan hidangan, dan tepikan.
2. Menyediakan Kuah Ladna
Di dalam kuali, tumis bawang merah. Kemudian masukkan 3 sudu besar sos tiram. Masukkan perencah mengikut kegemaran masing-masing, contohnya udang dan sotong.
Masukkan air panas 3 cawan. Kemudian masukkan Sayur-sayuran - lobak merah, kobis bunga, sawi dan cili merah.
Masukkan 7-11 biji cili padi yang telah ditumbuk-tumbuk kasar dan 2-3 helai daun limau purut. Tambah garam secukup rasa.
Bancuhkan 3 sudu besar tepung jagung dalam air dan tuang ke dalam kuali untuk mendapat kuah yang pekat.
Tuangkan kuah yang telah siap dan masih panas ke atas pinggan yang berisi kuey teow
Penghargaan kepada Puan Anizah Idris yang mengajar saya cara membuat Kuey Teow Ladna!!

No comments:
Post a Comment